Macammana jahit manik kristal dinilai? Itulah pertanyaan yang kerap bermain dalam fikiran seseorang. Ini disebabkan sebagai penempah, kadang-kadang anda pasti rasa tertekan sekiranya hanya upah untuk satu busana jahit manik menjangkau puluhan ribu ringgit namun bahan yang digunakan tidak ori serta mudah luntur. Inilah yang dilihat dalam setiap jahitan manik berkualiti.
Jikalau ada yang menyoal banyak jawapan yang boleh diberikan untuk kemusykilan di atas. Ini kerana kadang-kadang upah sulaman manik dan labuci dinilai daripada brand yang dibawa iaitu brand butik atau kedai tersebut. Berkemungkinan ia dinilai oleh pereka-pereka yang terkenal. Selain itu juga, sulaman manik ini sama dinilai berdasarkan kos bahan yang digunakan. Sekiranya kos bahan yang digunakan tinggi serta sukar diperoleh, maka upah jahitannya juga turut menjadi mahal.
Perkara ini berpunca, setiap satu tempat yang menjual dan membekal manik tersebut adalah tidak sama berkeberangkalian ia susah diperoleh atau pun permintaan terhadap bahan tersebut rendah mengakibatkan harga barang tersebut bersifat monopoli.
Namun, bagi saya, ia sama dinilai macammana jahit manik kristal ini disulam dan bukan bergantung kepada kedua-dua faktor di atas secara total.
Jahitan manik ini dinilai berdasarkan persoalan adakah ia benar-benar kukuh ataupun dapat terlucut keseluruhannya sekiranya hanya satu manik labuci tertanggal. Pokok pangkalnya, ia bergantung kepada cara jahit manik kristal yang dilakukan oleh penyulam tersebut.
Bagi saya, inilah nilai yang sungguh tinggi dan kualiti dalam jahitan manik kerana pelanggan akan berpuas hati dengan hasil kerja tangan yang tahan lama. Maksud saya alah membeli menang memakai. Tetapi jika kita mengambil kira menang membeli alah memakai ia pasti merugikan kita sebagai pengguna. Justeru langkah yang paling ideal ialah sebagai pembeli sebolehnya kita perlu tahu menghasilkannya sendiri.
Bagaimana pun ia mampu diikuti dengan mudah serta senang mengikut masa lapang anda di dalam Platform Online Courses Sulaman Manik labuci.
Di sana anda pasti mempelajari bermacam cara sulam manik kristal dengan cara yang betul, terkini juga sungguh amat mudah tanpa mengira siapa dan berapa umur anda. Oleh itu, mengapa tunggu lagi? daftarlah segera dan jom ketahui pelbagai rahsia sulaman manik terkini dengan mudah.
bengkel jahit manik
sulaman
jahitan